Amierul perlu RM20,000, besarkan injap jantung

Amierul perlu RM20,000, besarkan injap jantung

R I AFZANIZAM Isa menunjukkan surat daripada HSA untuk merujuk anaknya, Amierul ke IJN yang menghadapi masalah injap jantung di Parit Ali 2, Kampung Dalam Ayer Baloi, Pontian, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Seorang pelajar Pendidikan Khas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ayer Baloi, dekat sini merayu bantuan untuk membiayai kos rawatan sebanyak RM20,000 bagi membesarkan saluran injap jantungnya.

Bapanya, R I Afzanizam Isa, 49, berkata, masalah yang dihadapi anaknya, Amierul, 16, dikesan sejak lahir dan doktor menasihatkan rawatan hanya dilakukan apabila umur 18 tahun.

Bagaimanapun, tiga bulan lepas, Amierul mendapat rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru dan diarah segera merujuk masalah tersebut ke Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur.

“Arahan tersebut mengejutkan kami sekeluarga kerana sebelum ini Amierul menerima rawatan biasa di HSA tiga bulan sekali, tiba-tiba diarah merujuk ke IJN dengan segera.

“Tanpa ada persediaan dan persiapan dari segi kos perubatan, kami diminta hadir ke IJN pada 14 Oktober lalu dan telah dicadangkan memasukkan belon untuk membesarkan saluran pada injap jantung Amierul,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di rumahnya di Parit Ali 2, Kampung Dalam, Ayer Baloi, dekat sini.

R I Afzanizam berkata, IJN tidak menetapkan bila prosedur itu boleh dilakukan, tetapi perlu dilakukan segera bagi membolehkan saluran injap jantungnya berfungsi dengan lancar.

“Proses masukkan belon me­rupakan langkah awal, belum lagi pembedahan dan sebagainya. Anggaran kos RM20,000 yang merungsingkan kami kerana tidak ada simpanan sebanyak itu dan pendapatan sebagai nelayan hanya RM850 sebulan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN