Amierul perlu RM20,000, besarkan injap jantung

Amierul perlu RM20,000, besarkan injap jantung

R I AFZANIZAM Isa menunjukkan surat daripada HSA untuk merujuk anaknya, Amierul ke IJN yang menghadapi masalah injap jantung di Parit Ali 2, Kampung Dalam Ayer Baloi, Pontian.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Seorang pelajar Pendidikan Khas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ayer Baloi, dekat sini merayu bantuan orang ramai untuk membiayai kos rawatan sebanyak RM20,000 bagi membesarkan saluran injap jantungnya 

Bapanya, R I Afzanizam Isa, 49, berkata, masalah yang dihadapi anaknya, Amierul, 16, dikesan sejak lahir dan doktor menasihatkan rawatan hanya dilakukan apabila mencapai umur 18 tahun.

Walau bagaimanapun, tiga bulan lepas, Amierul mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru dan diarah segera merujuk masalah tersebut ke Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur.

“Arahan tersebut mengejutkan kami sekeluarga kerana sebelum ini Amierul menerima rawatan biasa di HSA tiga bulan sekali, tiba-tiba diarahkan merujuk ke IJN dengan segera.

“Tanpa ada persediaan dan persiapan dari segi kos perubatan, kami diminta hadir ke IJN pada 14 Oktober lalu dan telah dicadangkan memasukkan belon untuk membesarkan saluran pada injap jantung Amierul,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di rumahnya di Parit Ali 2, Kampung Dalam, Ayer Baloi, dekat sini.

R I Afzanizam memberitahu, pihak IJN tidak menetapkan bila prosedur rawatan itu boleh dilakukan, tetapi perlu dilakukan segera bagi membolehkan saluran injap jantungnya berfungsi dengan lancar.

“Proses masukkan belon merupakan langkah awal, belum ada tentang pembedahan dan sebagainya. Anggaran kos sebanyak RM20,000 yang merungsingkan kami kerana tidak mempunyai simpanan sebanyak itu dan pendapatan sebagai nelayan hanya RM850 sebulan,” katanya sambil memberitahu Amierul adalah anak ketiga daripada lima beradik.

Masalah yang dihadapi oleh anaknya menyebabkan pertumbuhan Amierul tidak seperti pelajar berusia 16  tahun, sebaliknya seperti murid berusia 10 atau 12 tahun.

Kesan daripada masalah yang dihadapi, pembelajarannya turut terganggu dan kini belajar di kelas pendidikan khas sejak dari bangku sekolah rendah.

Walaupun tiada tempoh untuk Amierul menerima rawatan tersebut, dia berharap dapat dilakukan segera dan merayu orang ramai dapat menyalurkan sumbangan ke dalam akaun Public Bank bernombor 4960589821 atau menghubunginya menerusi talian 018-2206516. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya