Ameera Khan curi perhatian, tersipu malu Jefri Nichol tonton siarang langsung - Utusan Malaysia

Ameera Khan curi perhatian, tersipu malu Jefri Nichol tonton siarang langsung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Reaksi malu-malu kucing pempengaruh, Ameera Khan, sebaik sahaja pelakon Indonesia, Jefri Nichol menonton siaran langsungnya di media sosial mencuri tumpuan netizen.

Ketika itu, Ameera atau Nur Ameera Abdul Halim Khan, 24, melakukan siaran langsung di Instagram Ketika berada dalam kereta ditemani ibunya, Noor Kartini, semalam.

Ameera kemudian tersipu-sipu sebaik sahaja Jefri menonton sesi siaran langsung tersebut.

“Semua orang jadi gila apabila Jefri Nichol tonton siaran langsung ini termasuklah ibu saya,” katanya tertawa.

Noor Kartini yang menyapa Jefri dalam sesi berkenaan turut mengajak pelakon One Fine Day makan bersama di Jakarta bulan hadapan.

Sementara itu, peminat turut meminta Jefri untuk bercakap dalam loghat Kelantan.

“Mereka semua minta awak bercakap guna bahasa Kelantan. Jangan risau, nanti saya ajar,” kata Ameera.

Terdahulu, desas desus hubungan rapat Ameera dan Jefri Nichol mula diperkatakan apabila personaliti media sosial, Rosix, mendedahkan adik kepada pengacara, Neelofa itu sebelum ini didapati menghubungi Jefri menerusi satu panggilan video.

Sejak itu, timbul dakwaan bahawa mereka berdua pernah menjalin hubungan cinta. Ameera dan Jefri bagaimanapun terus mengunci mulut mengenai dakwaan itu. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya