Ambil kira keperluan rakyat di kawasan Skim Pembangunan Semula - Utusan Malaysia

Ambil kira keperluan rakyat di kawasan Skim Pembangunan Semula

KAMPUNG Sembulan yang akan terlibat dalam Skim Pembangunan Semula Bandar Sembulan di Kota Kinabalu. OSMAN OMAR KHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Kira-kira 170 pemilik tanah di Kampung Sembulan merayu agar kerajaan negeri memberi perhatian kepada keperluan penduduk yang terlibat dalam Skim Pembangunan Semula Bandar Sembulan.

Pengerusi Pertubuhan Penduduk dan Kebajikan Kampung Sembulan, Osman Omar Khan, 57, berkata, mereka sebagai penduduk asal tidak menghalang pembangunan dilakukan di kawasan berkenaan namun, hak pemilik tanah perlu diberi perhatian.

Katanya, jika kerajaan mahu mengambil tanah, ia perlu dinilai dengan harga pasaran semasa, di samping kerajaan perlu menyediakan penempatan semula bagi penduduk yang terjejas.

“Kami memohon jasa baik Ketua Menteri agar prihatin kepada rakyat dan mengotakan janji untuk melihat keperluan penduduk di sini. Saya telah berbincang dengan penduduk asal dalam beberapa siri pertemuan dan mereka bersetuju dengan pembangunan semula. Situasi menang-menang boleh diwujudkan.

“Kita sangat mengalu-alukan pembangunan kerana kita mahu melihat Sembulan berwajah baharu tetapi hak pemilik tanah perlu diberi keutamaan,” katanya semasa sesi libat urus pemilik berdaftar dalam kawasan Skim Pembangunan Semula Bandar Sembulan.

Mengenai sesi libat urus bersama Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) hari ini, Osman berkata, belum ada sebarang kata putus diberikan kerana perkara berkaitan pengambilan tanah itu akan dibawa kepada Kabinet negeri.

Osman juga berharap agar notis pengusiran pada 11 November akan ditangguhkan sementara menunggu Kabinet negeri mengambil pandangan yang dikemukakan penduduk Sembulan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya