Alpa 10 minit terakhir punca Perak tumpas - Utusan Malaysia

Alpa 10 minit terakhir punca Perak tumpas

PEMAIN Perak, Wan Zack Haikal Wan Nor (kiri) diasak pemain Sabah FC, Saddil Ramdani dalam perlawanan Liga Super di Stadium Manjung semalam. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Kealpaan dalam 10 minit terakhir perlawanan menghukum Perak apabila kalah 2-4 kepada Sabah dalam perlawanan Liga Super di sini semalam.

Pengendali Perak FC, Yusri Che Lah, berkata, pemain bermain dengan baik sepanjang perlawanan tetapi dua kesilapan pada minit-minit terakhir perlawanan memberi ruang pasukan lawan mencipta dua gol bagi mencetak kemenangan.

“Tiga daripada jaringan pasukan lawan adalah daripada kedudukan bola mati.

“Kita telah melakukan kerja rumah yang banyak sebenarnya dan tahu ketinggian para pemain Sabah dan telah mengenal pasti apa yang perlu dilakukan atas padang.

“Kami berjaya kembali dalam permainan bermula separuh masa kedua, untuk menyamakan kedudukan tapi malangnya pada 10 minit terakhir,” katanya pada sidang akhbar selepas perlawanan di Stadium Manjung, semalam.

Pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee bersyukur dapat meraih tiga mata penuh dalam perlawanan yang dianggapnya begitu sukar.

“Bermain dalam keadaan cuaca petang yang panas bukannya mudah, kerana sepanjang seminggu berlatih di Kota Kinabalu cuacanya mendung,” jelasnya.

Pada masa sama, katanya, Sabah juga kehilangan beberapa tonggak utama khususnya Darren Lok dan ia merisaukan sebelum perlawanan.

Beliau juga gembira dengan prestasi Stuart Wilkin yang kembali pulih termasuk menjaringkan satu gol, yang mana sebelum ini bergelut dengan masalah kecederaan dan beberapa masalah lain.

“Saya percaya Wilkin sudah kembali kepada prestasi sebenarnya dan berada pada tahap terbaik yang bukan sahaja baik untuk Sabah tetapi juga pasukan kebangsaan,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya