Aliff Aziz dan Ruhainies tiba di mahkamah, dikawal tiga bodyguard - Utusan Malaysia

Aliff Aziz dan Ruhainies tiba di mahkamah, dikawal tiga bodyguard

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Baik, Alhamdulillah.”

Demikian reaksi pelakon, Aliff Aziz, 33, apabila ditanya mengenai keadaannya sewaktu hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur bagi mengikuti prosiding sebutan semula kes khalwat membabitkan dia dan pelakon, Ruhainies pagi tadi.

Aliff dan Ruhainies yang berpakaian serba hitam tiba di perkarangan mahkamah sekitar 9.30 pagi sambil dikawal tiga pengawal peribadi.

Keduanya turut ditemani peguam, Hadi Salleh dan Amirul Ashraf Ghani.

Kedua selebriti sensasi itu pada 3 Julai lepas mengaku tidak bersalah atas tuduhan khalwat yang dilakukan pada 9 Mac lalu.

Pengakuan itu dibuat di hadapan Hakim Syarie, Abu Suffian Abu Yaziz di mahkamah sama.

Pendakwaan difailkan Pendakwa Syarie dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Mohd. Nahar Mohamad dan Masroha Duki.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 27 (a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 dan Seksyen 27 (b) akta yang sama yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Kedua selebriti terbabit ditangkap atas dakwaan khalwat di sebuah kondominium di Kuala Lumpur pada 9 Mac lepas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN