Aliff Aziz, Ruhainies kunci mulut usai prosiding kes khalwat - Utusan Malaysia

Aliff Aziz, Ruhainies kunci mulut usai prosiding kes khalwat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Aliff Aziz, 33, dan Ruhainies, 32, mengambil pendekatan mengunci mulut mengenai hasil prosiding sebutan semula kes khalwat membabitkan keduanya yang berakhir kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.

Meskipun diasak pelbagai soalan daripada pengamal media, keduanya membisu tanpa
memberikan respons susulan prosiding berkenaan.

Aliff dan Ruhainies tiba ke Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur ditemani peguam, Hadi Salleh dan Amirul Ashraf Ghani kira-kira pukul 9.30 pagi tadi.

Mahkamah dalam pada itu menetapkan 20 dan 27 Februari 2025 sebagai tarikh perbicaraan kes khalwat tersebut.

Hakim Syarie Abu Suffian Abu Yaziz menetapkan tarikh itu selepas kedua-dua pihak bersetuju dengan tarikh-tarikh yaang dicadangkan.

“Mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan pada 20 Februari dan 27 Februari (2025),” kata Hakim Syarie Abu Suffian.

Kedua selebriti sensasi itu pada 3 Julai lepas mengaku tidak bersalah atas tuduhan khalwat yang dilakukan pada 9 Mac lalu.

Pengakuan itu dibuat di hadapan Hakim Syarie, Abu Suffian Abu Yaziz di mahkamah sama.

Pendakwaan difailkan Pendakwa Syarie dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Mohd. Nahar Mohamad dan Masroha Duki.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 27 (a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 dan Seksyen 27 (b) akta yang sama yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Kedua selebriti terbabit ditangkap atas dakwaan khalwat di sebuah kondominium di Kuala Lumpur pada 9 Mac lepas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN