Aktres senior penting untuk ekosistem industri tempatan

Aktres senior penting untuk ekosistem industri tempatan – Sofia Jane

SOFEA JANE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Sofia Jane, 52, berpandangan peranan aktres senior atau berusia masih penting untuk perkembangan ekosistem industri drama dan perfileman tempatan.

Katanya, perkara itu kerana pelakon wanita bertaraf senior kekal diperlukan untuk membawa watak-watak berusia yang semakin banyak diwujudkan pada masa sekarang.

“Saya menyambut baik usaha penulis cerita dan penerbit yang sentiasa memperuntukkan karakter untuk pelakon wanita bertaraf senior.

“Hakikatnya, kebanyakan pe­lakon wanita yang berusia masih berkeinginan untuk berlakon. Cuma sebelum ini ramai antara mereka yang tinggalkan seketika dunia lakonan untuk membina keluarga dan membesarkan anak.

“Dengan adanya watak-watak yang bersesuaian, pelakon-pelakon ini masih berpeluang untuk bekerja dan menerima pendapatan dengan berlakon,” katanya.

Sofia berkata demikian ketika ditemui sewaktu penggambaran drama One Cent Thief 2 di Jalan Lapangan Terbang Lama, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Sofia juga menyambut baik usaha pe­ngarah dan penerbit drama dan filem yang memperbanyakkan karakter untuk aktres senior.

“Pada saya, dunia drama dan perfileman kita tidak mendiskriminasi aktres senior.

“Watak-watak yang sesuai untuk mereka bukan tertumpu dalam filem sahaja, malah diketengahkan dalam drama dan pementasan teater.

“Ini membuktikan tiada halangan untuk pelakon wanita kita berlakon meskipun usia mereka sudah lanjut,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya