Aktiviti berakit jadi tarikan terbaharu Taman Negara

Aktiviti berakit jadi tarikan terbaharu Taman Negara

SEBUAH rakit tradisional Orang Asli yang disediakan kepada pelancong untuk menerokai Taman Negara Terengganu di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu. – UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Aktiviti menaiki rakit tradisional Orang Asli menjadi tarikan terbaharu pengunjung di Taman Negara Terengganu di Tasik Kenyir, di sini.

Penguasa Taman Negara Terengganu, Sharena Sapri berkata, rakit tradisional itu yang dibina oleh Orang Asli suku Semaq Beri dijangka mula beroperasi Disember ini.

Katanya, kemudahan akti­viti berrakit yang ditawarkan itu juga menjadi sumber ekonomi baharu dalam kalangan Orang Asli tersebut serta mengete­ngahkan budaya masyarakat pribumi berkenaan.

“Idea pembinaan rakit ini dicetuskan beberapa kakitangan Taman Negara Terengganu, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta dua jurugambar bebas yang teruja dengan kehidupan Orang Asli serta keindahan alam semula jadi di sini.

“Mereka gunakan rakit sebagai pengangkutan utama ketika mencari hasil hutan di sekitar kawasan ini. Kami berpendapat ia berpotensi untuk diko­mersialkan sebagai produk pelancongan.

“Selain memberi peluang kepada pelancong merasai pengalaman berakit, aktiviti terbaharu ini juga dapat menambah pendapatan Orang Asli setempat sekali gus kekalkan tradisi serta budaya,” katanya ketika ditemui di Taman Negara Terengganu di Tasik Kenyir, di sini, semalam.

Katanya, ketika ini hanya terdapat satu rakit sebagai perintis serta permulaan kepada projek-projek lain yang sedang dilaksanakan melibatkan komuniti Orang Asli di kawasan itu.

Katanya, kos pembinaan rakit perintis itu dianggarkan RM2,000 dan pihaknya berhasrat membina tiga buah lagi rakit.

“Sebuah rakit ambil masa kira-kira seminggu hingga dua minggu untuk disiapkan dan mampu memuatkan 10 hingga 12 orang dewasa dalam satu-satu masa.

“Apabila mula beroperasi nanti, pengunjung boleh bera­kit antara pukul 10 pagi hingga 4 petang sekitar Gua Bewah, Gua Taat serta kawasan sekitar dalam Taman Negara Terengganu ini bergantung kepada keadaan semasa serta kondisi rakit,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya