Akta 852: Sasar pengguna rokok turun kepada 15 peratus

Akta 852: Sasar pengguna rokok turun kepada 15 peratus

DZULKEFLY Ahmad menunjukkan tanda amaran baharu larangan merokok ketika sesi taklimat media mengenai Akta 852 di Kementerian Kesihatan, Putrajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyasarkan amalan merokok konvensional dalam kalangan dewasa menurun kepada 15 peratus menjelang Disember 2025 selepas penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 [Akta 852].

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2023 (NHMS 2023) mendapati kadar merokok dalam kalangan berusia 15 tahun ke atas adalah 19 peratus.

Beliau berkata, walaupun sasaran itu ditetapkan pada 2011, pihaknya komited ia dapat dicapai dalam tempoh tersebut.

“Walaupun kadar penggunaan tembakau telah berkurang daripada 21.3 kepada 19 peratus (NHMS 2019) terdapat peralihan daripada merokok konvensional kepada pengguna rokok elektronik (vape).

“Sekarang kita ada baki empat peratus untuk mencapai sasaran itu, saya berharap kita dapat mencapainya menjelang Disember 2025 untuk mencapai 15 peratus,” katanya menerusi sidang akhbar selepas sesi taklimat media Akta 852 di sini hari ini.

Bermula Selasa lalu, Akta 852 yang diwartakan pada 2 Februari lalu berkuatkuasa serta-merta dan berfasa, kuasa serentak dengan peraturan-peraturan serta perintah di bawahnya.

Akta 852 bertujuan untuk penggunaan produk tembakau serta mengurangkan kemudaratan akibat merokok dan penggunaan lain-lain produk tembakau termasuk rokok elektronik atau vape terutamanya dalam kalangan golongan muda.

Dzulkefly berkata, KKM turut meletakkan sasaran pengurangan penggunaan rokok elektronik untuk menangani tabiat ini dengan lebih baik.

Pada masa ini, katanya, penggunaan rokok elektronik adalah sekitar 5.8 peratus, dan sasaran hanya boleh ditentukan selepas mempunyai angka berkaitan.

“Kerajaan komited untuk menguatkuasakan akta ini demi melindungi orang yang belum dewasa supaya mereka tidak menggunakan atau terdedah dengan apa jua pengiklanan dan penjualan produk merokok seperti vape.

“Kita akan memastikan pelaksanaan akta ini berhemah dan berhikmah dan kita yakin hasil terbaik melalui kawal selia produk merokok  sebagaimana dilaksanakan di banyak negara . Malaysia mahu melopori pengawalseliaan yang baik,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), KKM, Datuk Dr Norhayati Rusli berkata, premis diberi masa sehingga enam bulan dari tarikh penguatkuasaan Akta 852 untuk mempamerkan tanda amaran merokok yang baharu.

Tanda amaran merokok itu memaparkan imej rokok dan rokok elektronik selain kod QR yang membawa pelayar ke portal Jom Quit milik kementerian itu.

Ia turut mempunyai beberapa saiz untuk digunakan diletakkan di tempat bersesuaian seperti dalam bangunan, kenderaan awam, teksi dan e-hailing serta mana-mana laluan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya