Akta 852: KKM tak perlu bincang dengan industri komersial - CAP

Akta 852: KKM tak perlu bincang dengan industri komersial – CAP

SUBARROW menunjukkan poster Haramkan E-Rokok & Vape oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengingatkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) agar tidak mengendahkan cadangan atau nasihat daripada industri komersial antirokok mengenai Akta Kawalan Produk Merokok untuk Kesihatan Awam 2024 (Akta 852).

Pegawai Pendidikan CAP, N.V.Subbarow berkata, hal ini demikian kerana, Akta 852 adalah undang-undang yang ‘ditunggu-tunggu’ selama ini.

Beliau berkata, dengan adanya akta tersebut, ia akan melindungi serta menyelamatkan beribu-ribu nyawa generasi muda dan bukan perokok daripada menjadi mangsa.

“Undang-undang merokok baharu adalah untuk meningkatkan kesihatan dengan mewujudkan budaya yang mengurangkan pendedahan kepada tembakau dan produk merokok lain serta asap rokok terpakai.

“Pada masa yang sama, ia juga menyokong perokok (untuk) berhenti dan tidak menggalakkan orang ramai daripada mengambil tabiat itu,” katanya di sini, hari ini.

Jelas Subarrow, selain produk berkaitan tembakau, produk rokok itu juga boleh termasuk produk berkaitan rokok herba, campuran asap lepas, penguap peribadi seperti elektronik atau e-rokok, e-cigars, pen vape serta produk berkaitan penguap peribadi dan sebagainya.

SUBARROW (kiri) ketika kempen Saya Sokong GEG (Generation End-Game) yang melibatkan pelajar sekolah anjuran Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), baru-baru ini.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan, ketika ini, terdapat beberapa industri komersial yang menentang Akta 852 daripada terus dikuatkuasakan termasuk restoran makanan dan minuman serta kedai runcit.

“Undang-undang merokok yang melarang (merokok) di tempat orang berkumpul untuk menghabiskan masa bersama keluarga dan rakan-rakan atau yang merupakan sebahagian daripada kehidupan seharian adalah perlu.

“Jadi, dalam hal ini, mesti ada sekatan ketat terhadap pembekalan, pengiklanan, paparan dan promosi produk merokok,” katanya yang memberitahu, penguatkuasaan Akta 852 itu akan membantu banyak keluarga bebas daripada belenggu asap rokok.

Sehubungan itu, kata Subarrow, CAP sekali lagi menyokong penuh dan menggesa KKM supaya tidak mengadakan sebarang perbincangan dengan industri komersial mengenai Akta 852 buat masa ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya