Akta 852: Kami ambil tindakan berhemah, munasabah

Akta 852: Kami ambil tindakan berhemah, munasabah – Dr Dzulkefly

DZULKEFLY AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengambil tindakan berhemah dan munasabah dalam menggunakan kuasa di bawah Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852).

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, Akta 852 yang diwartakan pada 2 Februari lalu telah mula berkuat kuasa hari ini serentak bersama Peraturan-Peraturan dan Perintah di bawahnya.

Beliau berkata, pihaknya yakin penguat kuasa KKM akan mengambil pendekatan berhemah demi kebaikan dan kesihatan generasi muda.

“Terdapat dua aspek dalam pelaksanaan iaitu serta-merta dan penguatkuasaan pendidikan supaya wujud suasana saling menghormati undang-undang dan hak-hak terutama dalam penjualan produk tembakau rokok elektronik atau vape kepada kanak-kanak bawah umur.

“Kami akui cabaran terbesar adalah mengenal pasti umur dan kesukaran memastikan individu yang membeli produk tembakau itu adalah Orang Belum Dewasa (OBD),” katanya dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan sambutan menggalakkan Hari Warga Emas peringkat KKM, di sini hari ini.

Katanya, penguatkuasaan serta-merta bermula hari ini adalah melibatkan penjualan produk merokok yang berbentuk permainan dan menarik perhatian golongan kanak-kanak serta remaja bertujuan mengekang kebolehdapatan produk tersebut.

Dr Dzulkefly berkata, pihaknya memandang serius kesan buruk amalan merokok berleluasa termasuk pemasaran promosi yang kurang beretika menyasarkan golongan remaja dan kanak-kanak.

Katanya, peruntukan juga melibatkan pengiklanan, promosi dan tajaan semua jenis produk merokok, serta berkaitan tempat larangan penjualan produk merokok seperti institusi pendidikan, pasar jualan, dalam talian dan mesin layan diri.

“Penguatkuasaan pendidikan pula akan dilaksanakan dahulu bagi tempoh enam hingga 12 bulan daripada tarikh kuat kuasa bagi aspek seperti pendaftaran produk merokok yang akan dikuatkuasakan bermula 1 April 2025.

“Ia termasuk pendaftaran produk merokok yang akan dikuatkuasakan bermula 1 April 2025 berbanding sebelum ini yang tiada pendaftaran dilakukan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya