Akta 852: 141 notis pelbagai kesalahan dikeluarkan di Negeri Sembilan

Akta 852: 141 notis pelbagai kesalahan dikeluarkan di Negeri Sembilan

DR. Harlina Abdul Rashid ketika melakukan pemeriksaan ke atas premis dalam Op Mega Bersepadu Akta 852 (Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam) di Dataran Senawang, Seremban semalam.- UTUSAN/NUR SHARIEZA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sejumlah 141 notis pelbagai kesalahan telah dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNNS) menerusi operasi penguatkuasaan Akta 852 (Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam) di negeri ini sejak 1 Oktober lalu.

Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan, Datuk Dr. Harlina Abdul Rashid berkata, notis kesalahan itu dikeluarkan hasil pemeriksaan terhadap 4,376 premis.

“Daripada jumlah notis dikeluarkan itu, 138 notis di bawah Seksyen 16(2) iaitu kesalahan merokok di kawasan larangan dan tiga notis di bawah Seksyen 17(1) iaitu kesalahan merokok bagi orang belum dewasa (OBD) dengan nilai tawaran kompaun sebanyak RM34,650.

“Sebanyak 5,092 penguatkuasaan berbentuk pendidikan juga telah diberikan kepada pemilik atau wakil premis dengan edaran 5,092 risalah infografik berkaitan peruntukan di bawah Akta 852,” katanya kepada pemberia pada Op Mega Bersepadu Akta 852 (Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam) di Dataran Senawang di sini, semalam.

Katanya, dalam operasi itu, sebanyak 512 buah premis telah diperiksa dan sejumlah lapan notis kesalahan telah dikeluarkan di bawah Seksyen 16(2) iaitu kesalahan merokok di kawasan larangan dengan tawaran kompaun bernilai RM2,000.

“Sejumlah 256 produk merokok telah disita di bawah kesalahan Seksyen 10(1) dengan nilai sitaan sebanyak RM9,272.

“Pada masa sama, sebanyak 805 penguatkuasaan berbentuk pendidikan telah diberikan kepada pemilik atau wakil premis dengan edaran 805 infografik berkaitan peruntukan Akta 852,” katanya lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya