PARLIMEN: Akta 605 disemak semula, kecualikan UA patuhi semua arahan JPA

PARLIMEN: Akta 605 disemak semula, kecualikan UA patuhi semua arahan JPA

ZAMBRY Abdul Kadir semasa sesi Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini. - JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang menyemak semula Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605).

Menterinya, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, perkara itu bagi mengecualikan universiti awam (UA) daripada tertakluk kepada setiap arahan dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ke atas badan berkanun.

Jelasnya, tindakan semak semula itu juga bagi memastikan iklim dan ekosistem UA terutama membabitkan pensyarah tidak terkongkong dalam menyuarakan pandangan mereka.

“Di bawah Akta 605 terdapat 12 institusi yang mendapat pengecualian itu, justeru sudah sampai masanya UA, yang juga dikategorikan sebagai badan berkanun mendapat pengecualian sama.

“Kita perlu melihat dalam konteks UA ini supaya tidak terbabit dalam keseluruhan pekeliling secara umum yang diberikan kepada pihak yang tertakluk dalam kategori badan berkanun. Ini sedang kita lakukan dan ia adalah langkah ke hadapan serta radikal supaya iklim sebuah universiti tidak terkongkong dan ketakutan untuk menyampaikan pandangan mereka.

“Bagaimanapun, ia dengan syarat dalam tradisi kesarjanaan, seseorang yang bercakap itu tidak merapu tanpa fakta dan membuat teori yang bukan-bukan,” katanya Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan asal Datuk Seri Saifuddin Abdullah (PN-Indera Mahkota) mengenai langkah kementerian bagi memastikan insiden seperti larangan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), yang melarang kakitangannya membuat kenyataan awam, tidak berulang semula. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya