IPOH: Perlawanan Liga Super antara Perak FC dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Perak di sini sekali lagi tangguhkan hari ini atas faktor cuaca dan keadaan padang yang tidak mengizinkan akibat hujan.
Keputusan itu dibuat oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) selepas perlawanan yang sepatutnya bermula pada pukul 9 malam tertangguh selama 50 minit akibat hujan.
Sebelum ini pada 17 Ogos lalu, perlawanan kedua-dua pasukan ditangguhkan disebabkan hujan dan pemain hanya sempat beraksi hanya tiga minit sebelum aksi dihentikan oleh pengadil perlawanan.
MFL akan mengumumkan tarikh baru perlawanan yang ditangguhkan hari ini. – UTUSAN