Akaun palsu guna nama Universiti Malaya

Akaun palsu guna nama Universiti Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Universiti Malaya (UM) memaklumkan bahawa terdapat satu akaun di platform Google Maps yang secara palsu mendakwa sebagai akaun rasmi ‘Universiti Malaya International House’.

Menurut kenyataan UM, akaun tersebut telah menyebarkan maklumat yang salah dan menyalahgunakan akaun tersebut untuk memalukan serta mencemarkan nama baik universiti.

“Kami ingin menegaskan bahawa Universiti Malaya International House tidak mempunyai sebarang akaun rasmi di Google Maps.

“Semua maklumat rasmi berkaitan penginapan atau pengurusan ‘International House’ hanya akan disalurkan melalui saluran rasmi Universiti Malaya iaitu https://hep.um.edu.my/,” kata kenyataan itu hari ini.

UM justeru itu sedang mengambil langkah-langkah untuk melaporkan akaun tersebut kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan memastikan tindakan yang sewajarnya diambil untuk menutup akaun berkenaan.

Sebarang pertanyaan lanjut atau aduan boleh diajukan kepada Pusat Komunikasi Korporat menerusi emel [email protected]. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya