Air pasang besar: Jalan Sungai Panjang-Tanjung Malim tenggelam

Air pasang besar ekstrem: Jalan Sungai Panjang – Tanjung Malim tenggelam

Air pasang
SAMSOL Maarif Salbani menunjukkan keadaan Jalan Sungai Panjang-Tanjong Malim, di Sabak Bernam, Selangor. - UTUSAN / ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM: Pengguna Jalan Sungai Panjang – Tanjung Malim di sini, terutama kenderaan ringan diminta menggunakan laluan alternatif berikutan jalan itu masih dinaiki air hari ini.

Limpahan air itu di laluan sepanjang tiga kilometer itu susulan kejadian ban pecah di sekitar lokasi tersebut sejak kelmarin.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati laluan digenangi air itu hanya sesuai digunakan kenderaan berat dan berisiko bagi kenderaan lain.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Sabak Bernam, Ali Sadikin Sadin berkata, limpahan air dari Sungai Bernam itu menyebabkan jalan berkenaan tidak boleh dilalui semua jenis kenderaan setakat ini.

“Justeru, pengguna dinasihatkan menggunakan jalan alternatif iaitu laluan Felda Soeharto-B33 Jalan Sungai Tengi – Bestari Jaya-Jalan Raja Musa-Tanjong Karang – Sabak Bernam.

“Selain itu, mereka boleh melalui laluan Sungai Panjang – Felda Gedangsa – Behrang – Slim River – Ladang Bikam – Teluk Intan – Sabak Bernam,” katanya, hari ini.

Sementara itu, Ketua Zon 7 Selangor Utara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Samsol Maarif Saibani berkata, air dari ban pecah itu memasuki kawasan ladang dan melimpah masuk ke Sungai Bernam.

“Banjir di laluan itu berpunca apabila air dari Slim River bertembung dengan Sungai Bernam yang menyebabkan limpahan di laluan tersebut

“Paras air tertinggi yang direkodkan adalah mencecah 0.6 meter dan ia belum surut sepenuhnya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya