Air pasang besar ekstrem: 103 mangsa dipindah ke tiga PPS

Air pasang besar ekstrem: 103 mangsa dipindah ke tiga PPS

Air pasang
SAMSOL Maarif Salbani (kiri) menunjukkan salah sebuah rumah penduduk yang dilanda banjir di Kampung Parit 16 Tanjung Medan, Sungai Panjang, Sabak Bernam, Selangor hari ini. - UTUSAN / ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM: Fenomena air pasang besar mengakibatkan seramai 103 mangsa banjir dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di sekitar daerah ini dan Kuala Selangor apabila air pasang dikesan mencecah sehingga 5.9 meter.

Kesemua mangsa melibatkan 36 keluarga dari Kampung Parit 16 Tanjung Medan, Kampung Belia 2 dan Kampung Simpang 3 Loji di Sungai Panjang di sini, selain Kampung Sungai Sireh, Tanjong Karang.

Ketua Zon 7 Selangor Utara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Samsol Maarif Saibani berkata, pemindahan itu dilakukan selepas kediaman mereka dinaiki air setinggi 0.5 meter.

“Bagi tiga kawasan kampung di Sungai Panjang, banjir berlaku akibat ban pecah berdekatan sebuah ladang di Sungai Bernam semalam.

“Kampung Sungai Sireh pula menerima limpahan air dari Sungai Tengi hingga mengakibatkan hampir 30 rumah penduduk terjejas,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati puluhan kediaman masih ditenggelami banjir dan kesemua mangsa berada di PPS kawasan masing-masing.

Tambah Samsol, dua PPS di Sungai Panjang melibatkan Dewan Kampung Hala Cara Baru dan Sekolah Kebangsaan (SK) Binjai Jaya.

“Kedua-dua pusat yang menempatkan 77 mangsa daripada 25 keluarga itu masing-masing dibuka pada pukul 5.30 petang semalam dan 10 malam tadi. PPS di SK Sungai Sireh yang melibatkan 26 mangsa pula mula dibuka pukul 10 pagi tadi,” ujarnya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Sabak Bernam, Ali Sadikin Sadin berkata, pihaknya menerusi beberapa agensi terlibat sedang menjalankan pemantauan di kawasan terjejas.

“Hujan lebat berterusan sejak kelmarin menyebabkan paras air sungai di beberapa kawasan di Sungai Panjang meningkat dan berlaku ban pecah. Limpahan air sungai itu memasuki tiga buah kampung namun keadaaan mulai surut dan beransur pulih,” katanya.

Terdahulu, seramai 33 penduduk Kampung Parit 16 Tanjung Medan dan Kampung Belia 2 dipindahkan selepas ban berdekatan sebuah ladang di kawasan itu pecah.

Kejadian itu mengakibatkan air melimpah ke kawasan kebun dan rumah penduduk sejak semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya