Aidil Bolhassan dilantik KPD Cheras baharu

Aidil Bolhassan dilantik KPD Cheras baharu

KETUA Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Asisten Komisioner Aidil Bolhassan dilantik Ketua Polis Daerah baharu berkuat kuasa hari ini.

Beliau menggantikan Asisten Komisioner Ravindar Singh Sarban Singh yang bakal berkhidmat sebagai Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur. 

Majlis serah terima tugas berlangsung di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras disaksikan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa.

Aidil yang sebelum ini memangku jawatan Timbalan Ketua JPJKK Kuala Lumpur dalam majlis itu berikrar akan menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua Polis Daerah sepenuhnya. 

Menurut Rusdi, Ravindar menunjukkan prestasi yang amat baik ketika menjawat tugas sebagai Ketua Polis Daerah Cheras selama enam bulan. 

“Program-program yang dijalankan beliau di Cheras, itulah program yang sepatutnya dibuat di JPJKK,” katanya. 

Dalam majlis tersebut, Rusdi mengucapkan terima kasih kepada Ravindar dan berharap momentum cemerlang diteruskan oleh Aidil. 

“Bertugas di ibu kota merupakan tugas paling mencabar dan mesti menjadi yang terbaik. Semua jabatan patut menjadi contoh kepada kontinjen-kontinjen lain. Prestasi pegawai-pegawai di Kuala Lumpur harus berada pada tahap maksimum,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya