Ahmad Zahid nasihat orang ramai, patuhi arahan, waspada situasi banjir

Ahmad Zahid nasihat orang ramai, patuhi arahan, waspada situasi banjir

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan orang ramai untuk sentiasa berwaspada dan sentiasa mengambil tahu perkembangan semasa banjir di beberapa negeri.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata, semua pihak wajib mematuhi arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa dalam memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.

“Utamakan keselamatan dan sentiasa berhubung dengan pihak berkuasa tempatan jika berlaku sebarang kecemasan,” katanya menerusi hantaran Facebook miliknya.

Beliau memaklumkan setakat 6 pagi tadi Pahang menjadi negeri terbaharu yang terjejas banjir.

“Sebarang maklumat terkini mengenai kejadian bencana di seluruh negara boleh boleh didapati melalui portal rasmi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya