Ahli perniagaan bebas tuduhan terima wang RM1 juta

Ahli perniagaan bebas tuduhan terima wang RM1 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas enam pertuduhan menerima wang ke dalam akaun banknya tanpa memberikan alasan yang munasabah, dua tahun lalu. 

Hakim Azrul Darus memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan prima facie pada akhir kes pendakwaan terhadap tertuduh, Shafarich Ong Abdullah, 51. 

“Pihak pendakwaan gagal membuktikan kes atas beban bukti maximum evaluation bagi tujuan kes prima facie atas semua pertuduhan.

“Oleh itu, mahkamah melepas dan membebaskan tertuduh daripada keenam-enam pertuduhan dan wang jaminan RM6,000 dipulangkan kepada tertuduh,” kata hakim itu.

Mengikut pertuduhan pertama hingga keenam, lelaki itu didakwa menerima wang sebanyak RM1,920,000 ke dalam akaun banknya tanpa memberikan penjelasan yang munasabah bagaimana tertuduh memperoleh wang tersebut, di sebuah pusat beli-belah di dalam daerah Sentul, Kuala Lumpur pada 19 Mei hingga 23 Jun 2022. 

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen Seksyen 29 (1) Akta Kesalahan Kecik 1955 yang boleh dikenakan denda maksimum RM1,000 dan hukuman penjara untuk masa yang tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. 

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, R. Harvind manakala peguam bela, C.Paul yang mewakili tertuduh. 

Seramai enam orang saksi pendakwaan memberi keterangan pada perbicaraan kes yang bermula pada tahun lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya