Ahli Parlimen perlu sebar maklumat bantuan kerajaan 

Ahli Parlimen perlu sebar maklumat bantuan kerajaan 

ANWAR Ibrahim (tengah) ketika mengadakan pertemuan dengan Kepimpinan Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) yang diketuai Mohd. Shahar Abdullah (kiri) di Bangunan Parlimen, hari ini. - FACEBOOK/ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Setiap ahli Parlimen mempunyai tanggungjawab penting untuk mendalami setiap perkara dasar, inisiatif serta bantuan yang diusahakan oleh kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jalinan kerjasama antara kerajaan dan ahli Parlimen sangat penting.

Kata beliau, ahli Parlimen mempunyai tanggungjawab untuk memastikan maklumat mengenai usaha dilakukan kerajaan sampai ke masyarakat sepenuhnya.

“Jalinan kerjasama ini amat penting memandangkan ahli Parlimen punyai tanggungjawab untuk mendalami setiap perkara dasar, inisiatif serta bantuan yang diusahakan oleh Kerajaan Madani supaya maklumat ini dapat disampaikan ke setiap pelusuk masyarakat,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Terdahulu, Anwar mengadakan pertemuan dengan Kepimpinan Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) yang diketuai Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Mohd. Shahar Abdullah.

Anwar berkata, pelbagai isu yang dibangkitkan dalam pertemuan antaranya dengan BBC.

“Saya mengambil maklum pelbagai isu penting yang telah diutarakan sepanjang pertemuan ini, antaranya membabitkan isu pendidikan, kebajikan, pusat khidmat ahli Parlimen serta penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada rakyat.

“Kami turut berbincang dan bertukar pandangan terkait keperluan mewujudkan satu sinergi yang dinamik antara kementerian dan agensi bersama semua ahli Parlimen kerajaan,” katanya.– UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya