Ahli farmasi dibunuh: Konsular bantu  ahli keluarga hadapi masa sukar

Ahli farmasi dibunuh: Konsular bantu ahli keluarga hadapi masa sukar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Luar menyalurkan bantuan konsular kepada ahli keluarga kepada  ahli farmasi Malaysia dibunuh lelaki dipercayai menghidap skizofrenia di sebuah pangsapuri di Bellfield di timur laut Melbourne, Australia.

Kementerian itu dalam kenyataan mengesahkan sedia maklum mengenai kejadian yang menimpa  Leong ‘KC’ Kum Chuan, 29, yang juga kakitangan di Eastern Health.

“Pihak Kementerian berharap  privasi keluarga dihormati  pihak media dalam menghadapi keadaan sukar ini,” kata kenyataan itu.

Terdahulu, media melaporkan, Kum Chuan ditemukan maut di sebuah pangsapuri di Bellfield yang didakwa baru dibelinya.

Mengikut laporan  agensi berita Australia, 7news.com.au/2, mangsa ditemukan mati oleh rakannya selepas mangsa tidak hadir ke tempat kerja.

Mangsa dipercayai ditikam berulang kali pada Selasa lalu oleh seorang gelandangan berusia 54 tahun dikenali Simon Hunter.

Sementara itu, keluarga mangsa dilapor  terbang ke Melbourne dari Malaysia pada Khamis lalu.

Hunter kini direman dan akan kembali dibicarakan di mahkamah pada 16 Januari depan.- UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya