Ah long tak mengaku beri pinjaman wang secara haram - Utusan Malaysia

Ah long tak mengaku beri pinjaman wang secara haram

TING Chuan Yau tidak mengaku bersalah menjalankan perniagaan memberi pinjaman wang tanpa lesen di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menjalankan perniagaan memberi pinjaman wang tanpa lesen.

Tertuduh, Ting Chuan Yau, 35, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan jurubahasa dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret Siti Nora Sharif.

Mengikut pertuduhan, lelaki yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu didapati telah menjalankan perniagaan memberi pinjam wang tanpa lesen yang sah di hadapan sebuah restoran di Persiaran Perpaduan Utara, Taman Bercham Raya dalam daerah Ipoh, kira-kira pukul 10.45 pagi, 21 Oktober 2024.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 5 (2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM1 juta atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aqilah Syaza Ariffin manakala tertuduh diwakili peguam, S. Teeban Kummar.

Terdahulu, pihak pendakwaan mencadangkan ikat jamin RM7,000 terhadap tertuduh namun Teeban memohon jumlah jaminan diberi pada kadar minimun dalam anggaran RM2,000 atas alasan anak guamnya tidak melakukan kesalahan yang serius.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 23 Disember depan untuk sebutan semula kes.

Tertuduh membayar wang jaminan berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya