Agong, Raja Permaisuri ucap selamat hari lahir kepada Wan Junaidi

Agong, Raja Permaisuri ucap selamat hari lahir kepada Wan Junaidi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan Selamat Ulang Tahun Kelahiran Rasmi kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Ucapan Seri Paduka Baginda berdua itu dizahirkan menerusi sebuah poster yang dimuat naik di akaun Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, hari ini.

Sambutan ulang tahun kelahiran ke-78 Wan Junaidi itu merupakan sambutan pertama kali untuk beliau selepas mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak pada 29 Januari lalu.

Wan Junaidi mengangkat sumpah jawatan Yang di-Pertua Negeri Sarawak bagi tempoh empat tahun menggantikan Tun Abdul Taib Mahmud yang menyandang jawatan tersebut selama tiga penggal bermula 1 Mac 2014.

Terdahulu, media melaporkan, Sarawak akan meraikan sambutan ulang tahun tersebut selama tiga hari iaitu bermula Khamis lepas dengan penganjuran tujuh acara utama antaranya majlis kesyukuran, majlis jamuan negeri, Istiadat Perbarisan dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya