Agong, Raja Permaisuri berangkat ke Brunei  

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke Brunei  

SULTAN Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah ketika berangkat untuk mengadakan lawatan negara ke Brunei selama tiga hari.-FACEBOOK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah mengadakan lawatan negara ke Brunei selama tiga hari bermula hari ini bagi memperkukuh hubungan dua negara.

Istiadat Mengucap Selamat Berangkat bersempena lawatan negara Seri Paduka berlangsung di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang.

Seri Paduka berkenan menerima tabik Hormat Diraja daripada Batalion 1 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dengan lagu Negaraku yang diiringi 21 das tembakan meriam sebelum berangkat. 

Turut berangkat mengiringi Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah adalah Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim.

Keberangkatan Seri Paduka berdua turut diiringi  Menteri Pendidikan Tinggi selaku Menteri Pengiring, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Turut hadir bagi mengucapkan selamat berangkat kepada Seri Paduka  berdua ialah Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul; Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Komunikasi, Ahmad Fahmi Fadzil dan  Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya