Afifah pelajar UiTM Jasin, bentang kajian di Universiti Oxford

Afifah pelajar UiTM Jasin, bentang kajian di Universiti Oxford

AFIFAH Mohamad ketika berada di luar lokasi pembentangan kajian sempena Persidangan Patologi Tumbuhan 2024 di Universiti Oxford, London baru-baru i
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Penuntut pengajian Doktor Falsafah (PhD)Perlindungan Tanaman di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jasin, Melaka, Afifah Mohamad, 25, merupakan anak jati Pahang pertama mencipta sejarah tersendiri serta kebanggaan negeri ini apabila telah menjejakkan di Universiti Oxford, London baru-baru ini.

Afifah yang berasal dari Kampung Bangau Parit, Temerloh seorang penuntut pengajian PhD bidang Perlindungan Tanaman UiTM Jasin, Melaka merupakan peserta yang mewakili Malaysia ke

Persidangan Patologi Tumbuhan 2024 yang bermula 11 hingga 13 lalu di universiti yang berada di ranking keempat di dunia tahun ini.

Afifah terpilih membentangkan kertas kajian mengenai tanaman nanas MD2 dalam persidangan terbabit bersama penyelianya, Profesor Madya Dr. Zaiton Sapak dalam tempoh selama 45 minit.

“Tidak pernah terfikir seorang anak kampung seperti saya mampu menjejakkan kaki ke Universiti Oxford, London baru-baru ini membentangkan hasil kajian tersebut.

“Sungguh macam tidak percaya dan akhirnya menjadi kenyataan kerana menyimpan hasrat selama ini untuk membentangkan hasil kajian memenuhi pengajian ijazah doktor falsafah di sebuah universiti yang terkenal di dunia,” katanya.

Afifah merupakan anak kedua daripada tiga beradik melahirkan rasa syukur dan bangga kerana proses kajian ilmiah itu mampu sampai ke pengetahuan peringkat antarabangsa serta manfaat bagi sektor pertanian di negara ini.

“Pengalaman dalam tempoh yang singkat di Universiti Oxford, London cukup signifikan sekali gus memberikan pengetahuan kepada masyarakat dalam bidang pertanian yang merupakan satu perniagaan,” katanya.

Dia berterima kasih kepada pada pihak biasiswa MyBrainSc, Kementerian Pengajian Tinggi kerana atas penajaan hadir ke persidangan tersebut dan Zaiton yang mendorongkannya berpeluang ke universiti tersebut.

Afifah menambah pencapaian itu dapat dikongsi bersama keluarga khususnya bapanya, Mohamad Othman, 62, yang banyak menitip galakan untuk terus menggapai kecemerlangan dalam bidang akademik selepas ibunya, Ailos Saimi meninggal dunia pada 2020 lalu.

Dalam perkembangan yang sama, pemegang Sarjana Muda Sains Teknologi dan Pengurusan Ladang itu menjelaskan tanaman nanas MD2 menjadi pilihan kajiannya kerana potensi komersial dan makanan di negara ini pada masa akan datang.

Ujarnya, dia memang meminati bidang pertanian dan perladangan sejak bangku sekolah lagi sambil berharap dapat menjadi tenaga pengajar dalam bidang tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN