Adik Madonna meninggal dunia - Utusan Malaysia

Adik Madonna meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Adik kepada Ratu Pop Madonna, Christopher Ciccone meninggal dunia pada usia 63 tahun.

Berita duka itu dikongsikan wakil medianya, Brad Taylor baru-baru ini.

Madonna turut berkongsi luahan menerusi satu perkongsian di media social.

“Mendiang adalah individu yang paling rapat dengan saya. Sukar untuk jelaskan pertalian kami.

“Kami memahami antara satu dengan lain dan sama-sama tempuhi zaman kanak-kanak yang gila,” katanya.

Christopher yang meninggal dunia akibat kanser merupakan artis serba boleh dan seorang penari berjaya.

Madonna, beberapa minggu lepas turut kehilangan ibu tirinya, Joan Clare Ciccone akibat kanser.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya