Adakah PM melangkaui undang-undang?  - Utusan Malaysia

Adakah PM melangkaui undang-undang? 

DAIM ZAINUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pasukan pembelaan kepada bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjelaskan sebab Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak disiasat atas dakwaan salah guna kuasa. 

Peguam, N. Rajesh Nagarajan dan S. Sachpreetraj membuat gesaan itu susulan laporan polis berkenaan dakwaan campur tangan politik dalam siasatan SPRM seperti dilaporkan media antarabangsa, Bloomberg. 

Kedua-dua mereka mempersoal jika perdana menteri itu mengatasi undang-undang negara sehingga belum ada siasatan terhadap Anwar.

“Mengapa polis tidak memulakan siasatan terhadap salah guna kuasa PM? Adakah PM lebih tinggi dari undang-undang?

“Kami ingatkan pihak polis bahawa semua orang adalah sama di sisi undang-undang dan tertakluk kepada undang-undang termasuk perdana menteri,” kata peguam itu dalam kenyataan hari ini.

Pada 30 September lalu, Toh Puan Na’imah Khalid, isteri Daim membuat laporan polis berhubung artikel Bloomberg mengenai siasatan SPRM terhadap suaminya.

Sebelum ini, laporan Bloomberg dengan memetik sumber, mendakwa Anwar mengarahkan SPRM menyiasat bekas Menteri Kewangan itu dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad serta anak-anaknya.

Sumber yang sama juga mendakwa pada Mac lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki atas arahan Anwar, mengarahkan pegawai-pegawainya tidak menyiasat pembelian saham oleh bekas Setiausaha Politik Anwar, Datuk Farhash Wafa Salvador.

Bagaimanapun, SPRM dan Pejabat Perdana Menteri menafikan dakwaan ada arahan di peringkat tertinggi kerajaan untuk menjalankan siasatan.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya