ADA Biotech, Leave A Nest jalin kerjasama

ADA Biotech, Leave A Nest jalin kerjasama

TAN Yeow Chuan (kiri) menunjukkan dokumen pemeteraian antara ADA Biotech dan Leave A Nest di USM baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia berpotensi menjadi sebuah pusat kajian dan pembangunan (R&D) bagi penghasilan produk kelestarian hasil kerjasama Leave A Nest dan syarikat perintis dalam menghasilkan produk biodegradable, ADA Biotech.

Bagi menjayakan misi tersebut, satu memorandum persefahaman (MoU) antara kedua-dua syarikat dimeterai dalam satu majlis di Fakulti Sains, Universiti Sains Malaysia (USM),  baru-baru ini.

Pengasas dan Pengerusi ADA Biotech, Tan Yeow Chuan berkata, usahasama itu akan membantu syarikat me­ningkatkan kualiti dan meneroka kaedah menggunakan bahan alam semula jadi bagi menghasilkan produk biodegradable termasuk straw mesra alam yang dihasilkan syarikat ber­kenaan.

“Kami mahu menjadikan Malaysia sebagai pusat R&D bagi penghasilan produk-produk biodegradable mesra alam dengan teknologi yang ditingkatkan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam. 

Dalam pada itu, Yeow Chuan menjelaskan, ADA Biotech telah menghasilkan produk straw biodegra­dable mesra alam sejak 2019 dan produk tersebut telah me­nembusi pasaran dalam dan luar negara.

Katanya, antara negara yang telah menggunakan straw keluarannya adalah Filipina, Indonesia, Singapura, Kepulauan Fiji .

“Kami menyasarkan untuk meluaskan pasaran ke Austra­lia, Kanada, Amerika Syarikat dan juga United Kingdom.

“Kami menyasarkan jualan sehingga 500 juta batang straw biodegradable mesra alam menjelang lima tahun lagi.

“Sasaran tersebut dibuat bersandarkan prestasi jualan straw biodegradable yang dihasilkannya meningkat setiap tahun,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya