Abu Bakar kekal jawatan Ketua Bersatu Bahagian Kangar - Utusan Malaysia

Abu Bakar kekal jawatan Ketua Bersatu Bahagian Kangar

ABU Bakar Hamzah (lima dari kiri) bersama ahli-ahli dan calon pemilihan Bersatu merakamkan gambar bersama sewaktu Majlis Pengumuman Calon Layak Bertanding Pemilihan Bersatu yang diadakan di The Zuley Heritage Hotel, Kuala Perlis, Perlis, semalam. -UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) negeri, Abu Bakar Hamzah kekal jawatan sebagai Ketua Bersatu Bahagian Kangar selepas menang tanpa bertanding dalam pemilihan parti itu bagi sesi 2024-2027.

Senator Azahar Hassan menang tanpa bertanding bagi jawatan Timbalan Ketua Bersatu Bahagian Kangar selain jawatan Naib Ketua Bersatu Bahagian Kangar pula menyaksikan Muhammad Faisol Abd. Rahman juga menang tanpa bertanding.

Selain, Abu Bakar, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Tinggi, Izizam Ibrahim merangkap Timbalan Pengerusi Bersatu negeri turut mengekalkan jawatan Ketua Bersatu Bahagian Padang Besar selepas tidak ada calon menawarkan diri bertanding jawatan itu.

Bagi jawatan Timbalan Ketua Bersatu Bahagian Padang Besar dan Naib Ketua Bersatu Bahagian Besar juga menyaksikan tiada pertandingan dengan jawatan berkenaan masing-masing dimenangi oleh Ramzi Md. Udi dan Ramli Arifin.

Hanya Bahagian Arau bakal menyaksikan pertembungan merebut jawatan Ketua Bersatu bahagian itu iaitu membabitkan pertandingan satu lawan satu antara Noor Ermi Ekhzam Nordin dan Wan Zaidil Afhtar Ishak.

Selain itu, jawatan Naib Ketua Bahagian Arau juga akan dipertandingkan apabila dua calon diumumkan layak untuk bersaing iaitu Hairulanuar Yahaya dan Sombun Crem.

Manakala dua Exco kerajaan negeri, Megat Hashirat Hassan dan Wan Zikri Afhtar Ishak pula hanya bertanding bagi jawatan Ahli Jawatankuasa Bersatu Bahagian Arau.

Perkembangan itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Bersatu Perlis, Noorhelmee Abd Hamid di The Zuley Heritage Hotel, Kuala Perlis, semalam.

Bagaimanapun, pengumuman calon yang menang secara rasmi hanya akan diumumkan selepas mesyuarat bahagian yang akan dijalankan serentak pada 2 November depan.

Dalam perkembangan sama, lapan calon dari Perlis juga disahkan layak bertanding di peringkat pusat di mana tiga daripadanya akan bersaing jawatan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) iaitu Abu Bakar, Izizam dan Wan Zikri.

ADUN Sena, Marzita Mansor pula akan bertanding bagi jawatan merebut jawatan di dalam Srikandi Bersatu Malaysia, Abd Latif Abu Hassan dan Fadzil Noor Abd Manan bagi jawatan Exco Armada manakala Nurul Hasfiza Ramli dan Siti Nurfarahim Mustapha bagi jawatan di dalam Srikandi Muda Malaysia.

Utusan Malaysia sebelum ini turut melaporkan dua jawatan tertinggi Bersatu disahkan menang tanpa bertanding melibatkan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Presiden, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang sebelum ini merupakan Setiausaha Agung.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya