99% pengguna terjejas telah terima bekalan air semula - PBAPP

99% pengguna terjejas telah terima bekalan air semula – PBAPP

Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Kira-kira 99 peratus atau 115,177 daripada keseluruhan 118,000 pengguna yang terjejas akibat
gangguan bekalan air berjadual (SWSI) di Seberang Perai Tengah (SPT) dan Seberang Perai Selatan (SPS) sejak beberapa hari lalu telah menerima bekalan tersebut ketika ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Datuk Ir. K. Pathmanathan berkata, sehingga 11.45 pagi tadi, hanya tiga kawasan kejiranan iaitu yang terletak di lokasi tanah tinggi dan hujung paip agihan (EoL) di Seberang Perai Selatan (SPS) masih belum menerima bekalan air.

Katanya, tiga kawasan terbabit ialah di Persiaran Jawi Golf Resort, Jalan Sungai Duri dan Taman Widuri.

“Sebab utama kelewatan pemulihan perkhidmatan bekalan air di tiga kejiranan ini adalah kerana penggunaan air yang sangat tinggi di SPT dan SPS sejak 6 Oktober (kelmarin).

“Majoriti tangki air dan takungan di kawasan yang terjejas akibat SWSI baru-baru ini telah kering.

“Oleh yang demikian, dalam tempoh 48 jam yang lalu, majoriti pengguna air di kawasan yang terjejas telah ‘mengambil’ sejumlah besar air untuk kegunaan segera dan penyimpanan semula,” katanya di sini, hari ini.

Jelas Pathmanathan, PBAPP bagaimanapun terus melaksanakan beberapa tindakan di lapangan untuk mencapai pemulihan bekalan sehingga 100 peratus hari ini juga.

“Tindakan itu termasuk kerja-kerja ‘de-airing’ saluran paip di lokasi yang menjejaskan bekalan air ke tiga ‘kejiranan terakhir’ ini serta penyelesaian masalah peringkat kejiranan untuk memeriksa dan menyemak semula kemungkinan punca isu bekalan air yang lain.

“Tindakan lain termasuk menghasilkan dan mengepam air sebanyak mungkin daripada LRA Bukit Panchor di SPS untuk melengkapkan bekalan air terawat di daerah ini,” ujar beliau.

Lebih 40 kawasan di SPT dan SPS sebelum ini mengalami SWSI susulan kerja-kerja penggantian bahagian saluran paip utama yang rosak di Permatang Pauh, Jumaat lalu.

Gangguan bekalan air yang sepatutnya hanya berlaku untuk tempoh 24 jam itu bagaimanapun berlarutan disebabkan insiden luar jangka yang melibatkan kerja pembaikan paip di Jalan Pengkalan Tambang di SPU ketika itu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya