8,800 ekar tanah terbiar milik lembaga kemajuan wilayah dibangunkan

8,800 ekar tanah terbiar milik lembaga kemajuan wilayah dibangunkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan bersama badan swasta akan memanfaat hampir 8,800 ekar tanah terbiar milik lembaga kemajuan wilayah dan agensi rangkaian mereka untuk melaksanakan projek pertanian seperti perusahaan ayam organik dan lembu serta tanaman berkelompok.

Langkah itu bagi menangani kelemahan ketara negara kerana kebergantungan yang tinggi kepada import makanan walhal mempunyai kesuburan tanah dan kemampuan meningkatkan keterjaminan makanan negara.

Selain itu, RM300 juta  disediakan bagi menjalin kerjasama projek pertanian dengan kerajaan negeri, menokok ketimbang RM150 juta tahun ini. 

Ini antaranya untuk menyokong pengeluaran bawang di Perak, ternakan talapia merah di Pahang dan peningkatan hasil padi di Negeri Sembilan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN