8,701 notis  tiga hari Op Khas Kenderaan Perdagangan 

8,701 notis  tiga hari Op Khas Kenderaan Perdagangan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAJANG: Sebanyak 8,701 notis dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melalui Op Khas Kenderaan Perdagangan di seluruh negara bermula 1 Oktober hingga 31 Oktober ini. 

Jumlah notis tersebut daripada pemeriksaan 32,178 kenderaan dalam tempoh tiga hari pelaksanaan operasi terbabit. 

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, fokus utama operasi adalah mengambil tindakan tegas terhadap pemandu atau pemilik kenderaan perdagangan yang gagal mematuhi peraturan  di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan Kaedah-Kaedah di bawahnya, Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 (Akta 334) dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).

Katanya, operasi ini juga bertujuan mengesan kesalahan dilakukan kenderaan perdagangan terutama yang melebihi muatan susulan kes-kes kemalangan maut membabitkan lori. 

Katanya, dalam tempoh tiga hari ini, JPJ menjalankan pemeriksaan terhadap sebanyak 12,282 kenderaan barangan, 1,274 (perkhidmatan awam) dan lain-lain kenderaan (18,622). 

“Daripada jumlah terbabit, sebanyak 8,701 notis saman dikeluarkan membabitkan pelbagai kesalahan. 

“Kesalahan paling banyak direkodkan berkaitan notis JPJ (P) 22 atau teknikal (6,430), arah periksa Seksyen 61 (1) (990 notis) dan kira-kira 339 notis bagi arah timbang (Seksyen 63(3) untuk kenderaan melebihi muatan serta lain-lain. 

“Dalam tempoh tersebut, sebanyak 4,233 kenderaan diambil tindakan manakala 16 lagi disita,” katanya dalam sidang akhbar selepas Op Kenderaan Perdagangan di Jalan Bangi Lama, Kajang hari ini. 

Aedy Fadly berkata, operasi tersebut dijalankan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia dan Agensi Anti Dadah Kebangasaan (AADK). 

Katanya, seramai 38 pemandu telah disaring dan didapati tujuh daripada mereka positif dadah. 

“JPJ ingin menegaskan kepada semua pemandu kenderaan perdagangan supaya sentiasa bertanggungjawab mematuhi semua peraturan peraturan yang ditetapkan.

“Kita ingin memaklumkan bahawa JPJ akan sentiasa memantau bukan hanya di jalan utama namun di jalan persekutuan dan hari ini di jalan kecil (Jalan Bangi Lama) yang sebelum ini tiada operasi pernah dilakukan di sini,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya