85% rakyat tidak terkesan dengan penyasaran subsidi petrol

85% rakyat tidak terkesan dengan penyasaran subsidi petrol

ANWAR Ibrahim diiringi oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor semasa melawat salah satu gerai pameran pada PMR 2024 di pekarangan Stadium Likas, Kota Kinabalu hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan 85 peratus rakyat akan kekal menikmati subsidi dengan penyasaran subsidi petrol bermula pertengahan tahun depan.

Beliau berkata, penyasaran subsidi petrol itu perlu dilakukan kerana dalam tempoh setahun, 40 peratus atau RM8 bilion subsidi dinikmati oleh golongan paling kaya dan warga asing.

“Sekarang ini, subsidi petrol termasuk kepada rakyat asing, dia (rakyat asing) tak bayar cukai tapi kita bagi subsidi, kita bagi sedekah. Golongan paling kaya 15 peratus di atas campur dengan orang asing, gunakan subsidi 40 peratus atau RM8 bilion setahun.

“Kerajaan murah hati luar biasa…kerajaan kurang cerdik sebab setiap tahun RM8 bilion kita bagi kepada orang kaya dan bukan warganegara.

“Itu sebab kita fikir bagaimana mahu ubah, rakyat kena faham subsidi petrol kena ubah, ubah kepada siapa? Tidak kepada rakyat, jangan bimbang… 85 peratus rakyat kekal dengan subsidi.

“Hanya 15 peratus di atas, yang kaya akan bayar lebih sikit, ikut harga pasaran RM2.65 sen. Kalau orang asing mahu guna minyak, nak pakai kereta, kenalah bayar ikut pasaran…yang kita tolong 85 peratus ini,” katanya semasa majlis penutupan Program Madani Rakyat (PMR) 2024 Sayangi Sabah, di pekarangan Kompleks Sukan Likas, hari ini.

Anwar berkata, apabila membuat penyasaran subsidi, sekarang petrol di Malaysia paling murah berbanding Singapura, Thailand, Indonesia mahupun Filipina. Malah, Arab Saudi sebagai pengeluar minyak, harga minyaknya RM2.65 seliter.

Katanya, harga petrol di Malaysia pada masa ini adalah RM2.05 kerana dibantu dengan subsidi kerajaan iaitu RM20 bilion setahun. Kerajaan bantu supaya harga petrol tidak naik.

Dalam pada itu, beliau memberi jaminan bahawa dalam usaha menstabilkan ekonomi negara, potongan gaji 20 peratus kepada menteri-menteri Persekutuan akan diteruskan pada tahun depan.

Malah, beliau sendiri masih belum menerima gaji lagi dan beliau akan fikirkan semula perkara itu pada tahun depan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya