800 murid, guru sertai program Bulan Malaysia Sihat Sejahtera

800 murid, guru sertai program Bulan Malaysia Sihat Sejahtera

Trak Wellness on Wheels (WoW) turut menjadi tumpuan warga sekolah yang melaksanakan just dance dan senamrobik
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Sejumlah 800 murid dan guru menyertai program Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) 2024 di Sekolah Kebangsaan (1) Taman Selayang, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Program berkenaan adalah satu inisiatif yang diaspirasikan daripada Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) dalam melaksanakan program atau aktiviti pembudayaan hidup sihat secara bersepadu dan menyeluruh.

Menurut Ketua Penasihat Doktor Muda Sekolah selaku Pengarah Program, Nur Hajarulaswad Ahmad Desa, program yang disambut pada bulan September setiap tahun bertujuan melahirkan murid yang dapat membudayakan hidup sihat.

KEMBARA Sekolah Bulan Malaysia Sihat Sejahtera dirasmikan oleh Ketua Penolong Pengarah , Cawangan Promosi Kesihatan (CPK) Negeri Selangor Amiruddin Abdul Razak (bertopi) bersama dengan Pegawai Promosi PKD Gombak Shahrul Nurshafiq B. Kamarul Azmey serta barisan pentadbir SK 1 Taman Selayang.Katanya, ini termasuk meningkatkan literasi kesihatan kumpulan sasar di institusi pendidikan dan solidariti promosi kesihatan melalui kerjasama antara Kementerian Kesihatan Malaysia dengan Kementerian Pendidikan.

 

“Langkah ini sejajar dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang sihat sejahtera menerusi pembudayaan hidup sihat.

“Program Promosi Kesihatan di Institusi Pendidikan (HePiLI) telah diperkenalkan pada tahun 2018 di mana semua program yang melibatkan institusi pendidikan diletakkan di bawah sektor yang sama,” katanya.

Beliau berkata, program-program HePiLI dilaksanakan seawal peringkat prasekolah atau tabika sehingga institusi pengajian tinggi (IPT) bertujuan mendedahkan generasi muda dengan pengetahuan dan kemahiran asas kesihatan.

Katanya, ia sekali gus membentuk sikap serta amalan kesihatan yang baik.

Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah senamrobik, ceramah kesihatan, pergigian, permainan dan pameran daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Nurhajarulaswad berkata, mesej utama program ini ialah minda sihat, kekal berhubung dengan keluarga dan rakan, alam semulajadi, kerohanian dan kreativiti.

Selain itu ialah, melakukan aktiviti fizikal dengan kekal bergerak aktif mengikut kesesuaian dan kemampuan diri, mengamalkan pemakanan sihat dan selamat seperti makan ‘suku-suku separuh’.

“Pencegahan tingkah laku yang tidak baik seperti bebas tembakau, alkohol dan barang terlarang serta memastikan kebersihan diri dan persekitaran serta penjagaan kesiihatan gigi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN