KANGAR: Sebanyak 80 peratus golongan muda di negara ini berpendapatan di bawah garis kemiskinan iaitu bawah RM2,500 sebulan dengan kos sara hidup tinggi menyebabkan mereka terjebak dengan hutang. Pada 2023, Jabatan Perangkaan memaklumkan Nilai Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Malaysia meningkat kepada RM2,589 berbanding RM2,208 yang dicatatkan pada 2019. Untuk kehidupan lebih selesa dalam keadaan semasa, majoriti rakyat termasuk golongan muda perlu mempunyai pendapatan isi rumah sekurang-kurangnya RM6,000 sebulan terutama di bandar-bandar besar. Dalam keadaan majoriti rakyat berpendapatan di bawah paras itu, mustahil mereka tidak terjebak hutang selain sukar membuat simpanan.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya