7,200 petugas sedia hadapi fenomena air pasang besar

7,200 petugas sedia hadapi fenomena air pasang besar

PERLIS dijangka berdepan gelombang kedua banjir lebih buruk berikutan fenomena air pasang dengan ramalan ketinggian ombak mencecah sehingga 3.7 meter yang sekali gus bakal memberi impak lebih besar.-UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Seramai kira-kira 7,200 anggota dari pelbagai agensi digerakkan sebagai persediaan menghadapi fenomena air pasang besar dengan pertembungan hujan lebat dijangka pada 16 sehingga 19 Oktober di negeri ini.

Situasi tersebut jika berlaku bakal menyebabkan Perlis berdepan gelombang kedua banjir lebih buruk dengan ramalan ketinggian ombak mencecah sehingga 3.7 meter yang sekali gus bakal memberi impak lebih besar.

Para penduduk juga sudah membuat persediaan lebih awal jika berlaku banjir lebih buruk akibat pertembungan tersebut yang mana kali terakhir Perlis dilanda banjir besar pada 2010.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan dan Pengurusan Bencana negeri, Megat Hashirat Hassan berkata, persiapan awal dilakukan bagi menghadapi fenomena itu sekiranya berlaku pertembungan air pasang besar dengan hujan lebat.

Katanya, semua agensi turut dikoordinasi di bawah Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri bagi menjalankan operasi menyelamat dan memindahkan mangsa sekiranya memerlukan.

“Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri sebelum ini turut memutuskan agar pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka lebih awal sebagai persediaan menghadapi fenomena ini,” katanya.

Antara agensi yang bakal digerakkan bagi melakukan persediaan menghadapi fenomena berkenaan terdiri daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan beberapa lagi.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya