KUALA LUMPUR: Sebanyak 70,000 orang termasuk guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), guru takmir, imam, bilal, tok siak, noja dan marbut akan menerima sumbangan khas RM500.
“Bagi menghargai sumbangan besar lebih 70,000 guru KAFA, guru takmir, imam, bilal, tok siak, noja dan marbut, kerajaan bersetuju menyalurkan sumbangan khas RM500 dengan peruntukan RM35 juta,” kata Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Perdana Menteri. – UTUSAN