70 projek bernilai RM1.09 bilion bagi pembangunan bomba

70 projek bernilai RM1.09 bilion bagi pembangunan bomba

NGA KOR MING
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan meluluskan 70 projek bernilai RM1.09 bilion bagi pembangunan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, peruntukan itu diluluskan di bawah peruntukan pembangunan dalam Rolling Plan Kelima Tahun 2025.

Kata beliau, objektif utama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan JBPM adalah mengurangkan masa respons nasional.

“Pada tahun depan, 70 projek JBPM telah diluluskan dengan kos berjumlah RM1,092,779,707 merangkumi 22 projek baharu bernilai RM391,575,000 dan 48 projek sambungan berjumlah RM701,204,707.

“la juga diterjemahkan melalui pembinaan enam buah balai bomba baharu dengan peruntukan sebanyak RM66.8 Juta,” katanya dalam sidang akbar selepas  merasmikan Persidangan dan Pameran Kebombaan Antarabangsa Malaysia  (IFCEM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Kor Ming berkata, balai bomba baharu yang dibina melibatkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Desa Petaling, Kuala Lumpur; BBP  Bandar Enstek, Negeri Sembilan, Balai Bomba dan Kuarters Engkelili, Sarawak; BBP  Dalat, Sarawak; BBP Sepanggar, Sabah dan Balai Bomba dan Kuarters Kota Kemuning, Selangor.

Kor Ming berkata, dalam masa sama, perhatian serius turut diberikan terhadap kebajikan anggota bomba melibatkan permasalahan perumahan yang dihadapi khususnya di kawasan memerlukan perbelanjaan tinggi dalam mendapatkan kediaman selesa.

“Sebanyak  250 unit kediaman diluluskan berjumlah RM174.1 juta  membabitkan 130 unit kuarters BBP Kota Kemuning, 48 unit kuarters Paya Terubong, Pulau Pinang dan  72 Unit Kuarters Labuan.

“Selain itu, isu kritikal bagi penggantian kenderaan lama juga diberi perhatian dengan begitu baik apabila diluluskan perolehan 231 kenderaan baru dengan peruntukan berjumlah RM40 juta,” jelasnya.

Beliau berkata, peruntukan besar ini menunjukkan komitmen kerajaan menjadikan bomba sebagai pasukan penyelamat bertaraf dunia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya