68 guru terlibat program pendidikan khas kanak-kanak rumah amal GISBH bermula 1 Oktober

68 guru terlibat program pendidikan khas kanak-kanak rumah amal GISBH bermula 1 Oktober

KPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seramai 68 guru terlibat secara langsung dalam program pendidikan untuk kanak-kanak rumah amal Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) yang sedang mendapat perlindungan pihak berkuasa bermula 1 Oktober lalu.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataan memaklumkan, langkah ini bagi memenuhi keperluan pendidikan untuk kanak-kanak yang tidak pernah mengikuti sistem pendidikan kebangsaan.

Katanya, program ini menggunakan Kit Program Transisi Tahun 1 dan Modul Program Intervensi Minda Sihat (PRISMA).

“Kit ini memberi penekanan kepada aspek sosioekonomi, kognitif dan fizikal kanak-kanak bagi membina keyakinan diri dan seterusnya sebagai persediaan holistik termasuk penguasaan literasi dan numerasi,” katanya hari ini.

Menurut KPM, program pendidikan itu dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang dirangka khusus untuk memberi akses pendidikan formal dan berstruktur kepada kanak-kanak terlibat bagi mengelakkan keciciran pembelajaran.

KPM berkata, modul yang digunakan turut menerapkan elemen yang dapat meningkatkan kesedaran tentang potensi diri.

Ini termasuk memupuk keseimbangan kanak-kanak ini dari aspek jasmani, emosi, rohani, sosial dan intelek (JERSI) sebagai persediaan untuk menyesuaikan diri dengan suasana pembelajaran secara positif.

“Ia seterusnya mempersiapkan mereka untuk menghadapi suasana pembelajaran baharu.

“Selaras dengan agenda Pendidikan Manusiawi, KPM komited memastikan kanak-kanak terlibat mendapat peluang pendidikan terbaik dan tiada yang terpinggir,” katanya. – UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya