61 polis pengiring sertai kursus rawatan kecemasan di Istana Negara 

61 polis pengiring sertai kursus rawatan kecemasan di Istana Negara 

ZAILANI HASHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Buat julung kali, Istana Negara mengadakan Kursus Asas Rawatan Kecemasan Siri kedua 2024 dengan membabitkan 61 peserta terdiri daripada pegawai dan polis pengiring dari semua istana di seluruh negeri. 

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Zailani Hashim berkata, kursus tersebut  bagi memberi pendedahan, pengetahuan dan kaedah untuk  bertindak jika berlaku  kecemasan.

“Ini adalah kursus kali kedua kita adakan, cuma kelainan kali ini kita melibatkan banyak pihak sebab mereka bukan sahaja didedahkan dari aspek keselamatan, tetapi juga pendedahan awal dari aspek keperluan rawatan kecemasan.

“Dalam tempoh empat minit (kecemasan), ia boleh memberi suatu impak jikalau mereka (peserta) didedahkan dengan rawatan yang betul  untuk menyelamatkan nyawa. Itu intipati sebenar dalam kursus asas rawatan ini,” katanya ketika ditemui pemberta  di Istana Negara, semalam.

Menurut beliau, kursus asas yang diadakan itu melibatkan pegawai dan polis pengiring dari lapan istana di seluruh negeri serta peserta dari empat pejabat Yang diPertua Negeri (TYT).

“Kita juga melibatkan mereka daripada Medic Group, Hospital Kuala Lumpur (HKL) termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)  dalam menyumbang dalam tema ini bagi memberi pengetahuan betapa pentingnya rawatan kecemasan.

“Mungkin untuk program seterusnya kita akan turut melibatkan pihak lain sepert KPJ Specialist dan HKL untuk memberikan taklimat,” jelasnya.

Menerusi program itu, kesemua peserta didedahkan dengan kemahiran seperti membantu mangsa Cardiopulmonary Arrest dengan mempelajari Cardiopulmonary Resuscitation (CPR).

Selain itu, mempelajari fungsi dan kaedah penggunaan mesin Automated External Defibrillator (AED) serta mempelajari kemahiran dalam mengenalpasti keadaan kecemasan seperti “Sudden Cardiac Arrest” (SCA).

Malah peserta diberi pendedahan untuk kecemasan semasa dalam tugas sebagai persediaan sekiranya berlaku kepada Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong serta warga Istana Negara yang lain.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya