Hari Sukan Negara Peringkat Titiwangsa 2024

600 anak muda sertai Hari Sukan Negara Peringkat Titiwangsa 2024 

PENDUDUK menyertai program yang terdapat pada Hari Sukan Negara 2024 Peringkat Zon, di PPR Hiliran Ampang, di sini hari ini. Foto: SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Hari Sukan Negara Peringkat Kawasan Titiwangsa 2024 di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Hiliran Ampang meriah dengan disertai 600 anak muda seawal pukul 7 pagi.

Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Titiwangsa, Datuk Azizulrahman Mohd Hussain Malim berkata, Hari Sukan Negara itu melibatkan pelbagai lapisan masyarakat.

“Setiap tahun kita tidak melepaskan peluang untuk sama-sama meraikan Hari Sukan Negara di lokasi berbeza sekitar Parlimen Titiwangsa.

“Pada kali ini, kita memilih lokasi PPR Hiliran Ampang dan antara aktiviti yang disediakan adalah larian dan berjalan santai, permainan dam aji, catur, futsal serta mewarna.

“Aktiviti ini bukan sahaja disertai  anak muda tetapi ibu bapa juga turut mengambil bahagian selain memberi sokongan kepada anak-anak mereka,” katanya ketika ditemui pemberita pada Hari Sukan Negara Peringkat Kawasan Titiwangsa 2024, PPR Hiliran Ampang, di sini hari ini.

Kata beliau, penganjuran Hari Sukan Negara di kawasan itu mendapat kerjasama daripada Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Majlis Belia dan Sukan Titiwangsa serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Titiwangsa.

Sementara itu, seorang peserta Hari Sukan Negara Peringkat Kawasan Titiwangsa, Ku ahmad Wafiy Anas, berkata, dia sangat teruja dan gembira dapat menyertai pelbagai aktiviti yang disediakan.

“Setiap tahun saya tidak akan melepaskan peluang untuk menyertai aktiviti sukan pada Hari Sukan Negara kerana di samping melakukan aktiviti sihat, saya juga dapat mengeratkan silaturahim dan berkenalan dengan kawan-kawan baharu.

“Penganjuran Hari Sukan Negara sangat penting untuk melahirkan masyarakat sihat dan harmoni.

“Oleh itu, saya harap aktiviti ini dapat diteruskan pada masa akan datang,” kata anak bongsu daripada dua beradik itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya