59,284 pegangan pertanian baharu hasil Banci Pertanian

59,284 pegangan pertanian baharu hasil Banci Pertanian

MOHD. Uzir Mahidin (kanan) melihat pembuatan keju susu kerbau dihasilkan Menamah Agrojaya sambil diberikan penjelasan oleh Pengurusnya, Khairul Izzat Amir Ismail di Kampung Padang Gaong, Ulu Melaka, Langkawi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Jabatan Perangkaan (DOSM) berjaya merekodkan 105 peratus hasil pelaksanaan operasi Banci Pertanian yang berakhir semalam selepas mula dilakukan sejak 7 Julai lalu.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, hasil bancian melibatkan empat subsektor utama iaitu tanaman; ternakan; perikanan dan akuakultur serta perhutanan dan pembalakan itu menjadi asas kepada penyediaan indikator keterjaminan makanan dan Pangkalan Data Statistik Pertanian Bersepadu (MySAgR).

Menurutnya, tujuan utama bancian adalah mendapatkan struktur dan ciri-ciri sektor pertanian yang komprehensif bagi pegangan pertanian dan ia memberi gambaran menyeluruh mengenai sektor pertanian negara.

“Kali terakhir bancian dibuat adalah pada 2005, pada peringkat awal banci ini, terdapat 1,197,309 pegangan pertanian terdiri daripada 1,177,556 atau 98.4 peratus isi rumah dan 19,753 atau 1.6 peratus pertubuhan perniagaan yang aktif.

“Setelah berakhirnya bancian ini, didapati sebanyak 1,256,593 atau 105 peratus kes yang ditemui dan sekali gus telah menemui tambahan 59,284 pegangan pertanian baharu berbanding senarai asal sebelum pembancian,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi lawatan kerja lapangan ‘mopping-up’ Banci Pertanian 2024 di Menamah Agrojaya Sdn. Bhd. di Kampung Padang Gaong, Ulu Melaka, di sini, semalam.

Tambah Mohd. Uzir, meskipun tempoh banci di lapangan sudah berakhir, namun ‘mopping-up’ akan dilaksanakan dalam tempoh dua minggu sehingga 24 Oktober ini. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya