550 mahasiswa anak Terengganu sertai bersama Ahmad Samsuri

550 mahasiswa anak Terengganu sertai town hall bersama Ahmad Samsuri

AHMAD Samsuri Mokhtar (tengah) bergambar bersama para mahasiswa selepas sesi town hall Mahasiswa Anak Terengganu di Kuala Terengganu, baru-baru ini. – UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Seramai 550 mahasiswa anak Terengganu menyertai program town hall bersama Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ir. Ahmad Samsuri Mokhtar yang berlangsung di Duyong Marina Resort, Kuala Terengganu baru-baru ini.

Program tersebut adalah acara tahunan yang dianjurkan oleh Yayasan Terengganu bagi meningkatkan penglibatan mahasiswa dalam memberi pandangan dan idea dalam aspek pembangunan negeri.

Selain itu, program tersebut juga dapat membudayakan pemikiran intelektual, matang dan kritis dalam kalangan mahasiswa.
Pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam, Wan Muhammad Fahmi Syazwan Wan Muhammad Faizal, 22 berkata, program itu memberi peluang kepada mahasiswa untuk berinteraksi secara langsung dengan pemimpin nombor satu negeri Terengganu itu.

Menurutnya, ramai mahasiswa yang mempunyai idea dan cadangan penambahbaikan pelbagai aspek bagi pembangunan Terengganu terutama bidang pendidikan, keusahawanan dan sumber manusia.

“Alhamdulillah, program ini adalah platform terbaik untuk mahasiswa mendengar sendiri penjelasan dan visi Kerajaan negeri Terengganu terutama perancangan dalam bidang ekonomi, pelaburan dan teknologi hijau,” katanya yang kini menuntut di semester lima Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Seorang lagi pelajar, Luqmanul Haqim Mohamad Azwan, 21 pula berkata, mahasiswa juga tidak mahu ketinggalan dalam sebarang perancangan pembangunan negeri kerana golongan itu adalah bakal pemimpin.

“Melalui sesi ini, kami dapat mendengar jawapan dan penerangan lebih terperinci daripada Menteri Besar mengenai pelbagai isu, “ ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN