53 kes penguatkuasaan halal direkod, babit nilai rampasan RM1.81 juta

53 kes penguatkuasaan halal direkod, babit nilai rampasan RM1.81 juta

PENGGUNA perlu bijak memilih premis makanan halal dan mematuhi piawaian yang ditetapkan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sejumlah 53 penguatkuasaan halal dilaksanakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dengan jumlah keseluruhan nilai rampasan merekodkan sebanyak RM1.81 juta.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, penguatkuasaan dalam tempoh Januari hingga September lalu itu adalah adalah berkaitan kesalahan penggunaan logo halal palsu dan tidak menggunakan perakuan halal daripada pihak berkuasa berwibawa.

Katanya, KPDN turut melaksanakan pindaan ke atas Jadual Kedua di bawah Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 berhubung penambahan senarai badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Pindaan itu dilakukan bertujuan untuk mengemas kini senarai badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh Jakim dalam Jadual Kedua, Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.

“Jakim mengiktiraf tambahan lima badan pensijilan halal luar negara pada tahun ini, masing-masing satu dari Brazil, Mongolia dan Uruguay, manakala dua adalah dari Rusia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Armizan berkata, penambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf Jakim adalah sebanyak 88 pihak berautoriti merangkumi 49 buah negara di seluruh dunia.

“Pindaan Jadual Kedua di bawah Perintah Perihal Dagangan (Perakuan Dan Penandaan Halal) 2011 telah diwartakan pada 4 Oktober dan mula berkuat kuasa pada 5 Oktober,” jelasnya.

KPDN juga berharap agar semua pihak dapat mematuhi perundangan yang sedang berkuat kuasa terutama berhubung isu halal.

Jelasnya, Kementerian akan mengambil tindakan tegas sekiranya berlaku ketidakpatuhan oleh pihak yang berkaitan dan boleh didenda bagi syarikat tidak melebihi RM200,000.

“Bagi kesalahan kali kedua atau yang berikutnya didenda tidak melebihi RM500,000.

“Bagi individu pula, mereka boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Bagi kesalahan kali kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi RM250,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya