5,098 usahawan Terengganu terima bantuan kewangan RM29 juta - Utusan Malaysia

5,098 usahawan Terengganu terima bantuan kewangan RM29 juta

ARIFFIN Deraman (tengah) bergambar bersama usahawan yang surat tawaran Tugas pada Majlis Penyerahan Surat Tawaran Tugas di Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/KAMALIZA KAMARUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seramai 5,098 usahawan di Terengganu telah mendapat bantuan kewangan daripada kerajaan negeri melibatkan peruntukan sebanyak RM29 juta sejak tahun 2019.

Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Ariffin Deraman berkata, peruntukan tersebut disalurkan oleh Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) melalui Tabung Usahawan Terengganu Sejahtera (Tugas).

Menurutnya, meskipun berdepan kekangan kewangan ketika ini, kerajaan negeri tetap meneruskan skim pembiayaan Tugas demi kelangsungan perniagaan usahawan di Terengganu.

“Langkah ini penting bagi membantu usahawan meningkatkan pendapatan mereka dan secara tidak langsung dapat membantu mengurangkan masalah pengangguran dan meningkatkan ekonomi negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyerahan Surat Tawaran Tugas Kali Ke-3/2024 di Dewan Serbaguna YPU Terengganu, di sini hari ini.

Dalam majlis tersebut, seramai 47 usahawan menerima surat tawaran pembiayaan dengan jumlah peruntukan RM622,479.

Mengulas lanjut, Ariffin berkata, setiap usahawan akan mendapat pembiayaan antara RM7,000 hingga RM50,000 seorang melalui peruntukan tersebut.

“Berdasarkan maklum balas, usahawan mengakui pembiayaan seperti ini dapat membantu mereka mengembangkan lagi potensi perniagaan hingga ke luar Terengganu,” katanya.

Tambahnya, bagi tahun 2024, pihaknya telah menyalurkan pembiayaan Skim Tugas lebih RM1.7 juta kepada 135 peminjam setakat ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya