429 pelajar terima Skim Bantuan Awal IPT YWP

429 pelajar terima bantuan pendidikan YWP di Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seramai 429 pelajar b40 yang cemerlang terima Anugerah Pelajar Cemerlang dan pelbagai bantuan pendidikan dari Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) bernilai RM457,000 secara keseluruhannya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaleha Mustafa berkata, bantuan tersebut melibatkan pelajar yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bagi tahun 2023.

Kata beliau, bantuan tersebut merupakan komitmen kerajaan melalui YWP dalam mengiktiraf kejayaan dan kecemerlangan semua pelajar.

Jelasnya, ia turut merupakan sebahagian dari inisiatif yang dimasukkan dalam elemen Program Usaha Jaya Insan (Puji).

“Pendidikan adalah tunjang kepada pembangunan sesebuah negara dan ketamadunan. Ia bukan sahaja membentuk individu, malah turut mencorakkan masyarakat dan ekonomi negara.

“Pelaburan dalam pendidikan adalah pelaburan masa hadapan negara serta ia adalah tanggungjawab kita bersama untuk memastikan sistem pendidikan kita adalah yang terbaik,” katanya semasa menyampaikan ucapan di Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang YWP 2024, di sini.

Dalam pada itu, Dr. Zaleha menyarankan YWP untuk melaksanakan program-program yang perlu bagi membangunkan kemahiran insaniah atau soft skills kepada golongan belia bagi membantu mereka memasarkan diri di dunia pekerjaan.

“Dalam dunia yang semakin mencabar pada hari ini, kecemerlangan akademik semata-mata tidak boleh dijadikan sebagai ukuran.

“Majikan di luar sana kini mencari individu yang memiliki kemahiran interpersonal seperti kebolehan berkomunikasi secara berkesan, kemahiran kepemimpinan dan keupayaan untuk bekerja dalam pasukan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya