4.1 juta penerima STR terima SARA RM100 sebulan

4.1 juta penerima STR terima SARA RM100 sebulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai  4.1 juta penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 sebulan pada tahun hadapan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan STR dan SARA ditingkatkan iaitu kepada RM13 bilion ketimbang RM10 bilion untuk tahun depan.

“Tahun hadapan, 4.1 juta penerima STR kategori isi rumah akan menerima SARA sebanyak RM100 sebulan ketimbang 700,000 penerima tahun ini.

“Bantuan SARA akan dikreditkan ke dalam MyKad penerima bermula April 2025 dan ini boleh dibelanjakan untuk membeli barangan asas seperti makanan dan minuman, ubat-ubatan, barang persekolahan serta kebersihan diri di lebih 600 pasar raya dan kedai runcit seluruh negara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN