371 projek perumahan swasta dipulihkan, nilai GDV RM44.59 bilion

371 projek perumahan swasta dipulih, nilai pembangunan kasar RM44.59 bilion

AIMAN ATHIRAH SABU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sejumlah 371 projek merangkumi 46,139 unit perumahan swasta berjaya dipulihkan dengan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) bernilai RM44.59 bilion.

Pencapaian itu hasil pemaantauan di bawah Task Force Projek Perumahan Swasta Sakit dan Terbengkalai (TFST)  dalam tempoh 1 Januari hingga 30 September lalu.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Aiman Athirah Sabu berkata,jumlah projek yang dipulihkan ini merangkumi 348 projek yang berjaya memperoleh Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC).

Katanya, ini termasuk 17 projek yang berstatus lewat kembali menjadi lancar dan enam projek terbengkalai berjaya dipulihkan melalui kaedah penyiapan projek sehingga memperoleh CCC/CFO dan kaedah penyelesaian pembeli.

“Daripada jumlah pencapaian keseluruhan tersebut, sebanyak 25 projek (4,813 unit rumah) berjaya dipulihkan untuk tempoh 1 hingga 30 September lalu yang mana nilai GDV adalah sebanyak RM18.08 bilion.

“Salah satu pencapaian TFST pada bulan ini adalah pengurangan daripada 114 projek terbengkalai tersebut di mana satu projek terbengkalai berjaya dipulihkan iaitu projek perumahan Taman Sri Embun 1, Kuala Terengganu,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

“Projek terbengkalai ini berjaya dipulihkan sehingga memperoleh CCC dan seterusnya berjaya dikeluarkan daripada senarai projek terbengkalai,” katanya dlam sidang akhbar di sini hari ini.

Aiman Athirah berkata,  lawatan tapak dan pemantauan secara rapi merupakan langkah penting untuk memastikan kemajuan projek terus dipantau dengan lebih teliti.

Katanya, melalui lawatan tersebut, pelbagai isu yang melibatkan pihak berkuasa tempatan (PBT), agensi teknikal, serta agensi penyedia utiliti dapat diperhalusi untuk mencari penyelesaian terbaik.

Sehingga 30 September lalu, jelas beliau, sebanyak 33 projek dilawati sendiri beliau di mana lapan projek berjaya memperoleh CCC.

“KPKT mengalu-alukan kerjasama daripada jabatan, agensi, dan badan berkanun yang berminat untuk bersama-sama dalam usaha memulihkan projek perumahan swasta terbengkalai.

“KPKT sedang mempertimbangkan untuk melanjutkan pelantikan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP), Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) serta Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. bagi mempercepatkan pemulihan 113 projek perumahan terbengkalai yang telah dikenal pasti,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya